Ahmad Deedat, Pendebat Islam Tiada Tandingan

Biografi ini adalah
permintaan
daripada seorang
akhi. Tatapi biografi
seorang pendebat
Islam terkenal dan tiada tandingan
abad ini iaitu
Ahmad Deedat. Ahmad Deedat
dilahirkan di Surat, India, pada tahun 1918. Beliau tidak dapat
kekal bersama dengan ayahnya sehingga
tahun 1926. Ayahnya adalah seorang
penjahit, akibat dari profesionnya itu telah
berhijrah ke Afrika Selatan tidak lama
setelah kelahiran Ahmad Deedat. Tanpa pendidikan formal dan untuk
menghindari dari kemiskinan yang amat
larat, Ahmad Deedat telah pergi ke Afrika
Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang
lebih baik bersama ayahnya pada tahun
1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan
untuk menyusul ayahnya itu adalah saat
terakhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya
kerana ibunya telah meninggal dunia
beberapa bulan kemudian (dari tarikh
penghijrahan Deedat bersama ayahnya ke Afrika Selatan). Di negeri yang asing, seorang anak lelaki
kecil berusia 9 tahun tanpa berbekal
pendidikan formal dan penguasaan bahasa
Inggeris telah mula menyiapkan peran yang
harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun
kemudian tanpa disedarinya. Dengan ketekunannya dalam belajar, anak
lelaki kecil tersebut tidak hanya dapat
mengatasi hambatan bahasa asing, tetapi
juga unggul di sekolahnya. Kegemaran dan
hobi Deedat dalam membaca telah
menolongnya untuk memudahkan dirinya mendapatkan promosi pendidikan sehingga
beliau tamat pendidikan pada darjah 6.
Kekurangnya pembiayaan pelajaran
menyebabkan sekolahnya tertunda dan di
awal usia 16 tahun untuk pertama kalinya ia
bekerja dalam bidang retail. Yang terpenting sekali adalah pada tahun
1936, sewaktu beliau bekerja di kedai /
toko Muslim berdekatan sebuah sekolah
menengah Kristian di pantai selatan Natal.
Penghinaan yang tidak henti-henti dari siswa
Misionaris menantang Islam selama kunjungan mereka ke toko Muslim telah
menanamkan keinginan beliau yang
membara untuk melakukan aksi
menghentikan propaganda Kristian yang
salah itu. Mempelajari Kitab Bible Ahmad Deedat telah
berjaya menemukan
sebuah buku berjudul
Izharul-Haq yang
bererti
mengungkapkan kebenaran. Buku ini
berisi teknik-teknik
dan keberhasilan
usaha-usaha umat
Islam di India yang
sangat besar dalam membalas gangguan
Misionaris Kristian
selama penaklukan
Inggeris dan pemerintahan India. Secara
khusus, idea untuk menangani debat telah
berpengaruh besar dalam jiwa dan diri beliau. Beliau juga turut menghafaz Al-Quran
sehinggakan beliau digelar Al-Hafiz. Beberapa minggu setelah itu, Ahmad Deedat
membeli Injil pertamanya dan mula
melakukan debat dan diskusi dengan siswa-
siswa misionaris. Ketika siswa misionaris
tersebut mundur dalam menghadapi
argumen balik Ahmad Deedat, secara peribadi telah memanggil guru teologi
Kristian kepada siswa-siswa misionaris
untuk berdebat bersamanya, bahkan
pendeta-pendeta Kristian di daerah tersebut
juga turut diajak berdebat bersama Deedat. Dakwahnya Keberhasilan-
keberhasilan
ini telah
memacu
Ahmad Deedat
untuk berdakwah.
Bahkan
perkahwinan,
kelahiran anak dan persinggahan sebentar selama tiga
tahun ke Pakistan sesudah kemerdekaannya
tidak mengurangi keinginannya untuk
membela Islam dari penyimpangan-
penyimpangan yang memperdayakan hasil
dari para misionaris Kristian yang tidak bertanggungjawab. Dengan semangat misionaris untuk
menyebarkan agama Islam, Ahmad Deedat
telah membenamkan dirinya pada
sekumpulan kegiatan lebih dari tiga dekad
yang akan datang. Beliau memimpin kelas
bagi matapelajaran Injil dan memberi sejumlah kuliah ilmu. Beliau mendirikan As-
Salaam, sebuah institut untuk melatih para
pendakwah Islam. Ahmad Deedat, bersama-
sama dengan keluarganya, hampir seorang
diri mendirikan bangunan-bangunan
termasuk masjid yang masih dikenali sehingga saat ini. Ahmad Deedat adalah anggota paling awal
yang menganggotai Islamic Propagation
Centre International (IPCI) dan menjadi
Presidennya, sebuah posisi yang
dipegangnya sampai tahun 1996. Ia
menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan secara
percuma. Ahmad Deedat mengirim beribu-
ribu materi kuliah ke seluruh dunia dan
mendebat dengan pengabar-pengabar Injil
pada debat umum. Beribu orang telah
memeluk Islam atas rahmat Allah serta hasil usahanya yang tidak pernah mengenal
erti penat lelah. Antara perdebatan beliau yang hebat ialah
perdebatan dengan Paderi Josh McDowell
bertajuk ‘Benarkah Nabi Isa disalib? dan
paderi Jimmy Swaggart bertajuk ‘Adakah
Injil kalam Allah?’. Karya-karyanya Antara karya
beliau yang
masyhur ialah
seperti ‘The
Choice Between
Islam and Christianity’,
‘Is the Bible
God Word?’,
‘What is His
Name?’ dan
‘al-Quran, The Miracles of Miracles’. Penghargaan Sebagai penghargaan yang tertinggi untuk
prestasinya yang bersejarah itu, beliau telah
dianugerahkan penghargaaan antarabangsa
dari Raja Faisal pada tahun 1986.
Penghargaan bergengsi yang sangat
berharga dalam dunia Islam. Akhir Hayat Sisa sembilan tahun
usia hidupnya, Ahmad
Deedat hanya boleh
berbaring di tempat
tidurnya di Verulam,
Afrika Selatan. Dan akhirnya pada 8 Ogos
2005, beliau telah
menghembuskan
nafasnya yang
terakhir setelah
menderita sakit dan kelumpuhan hampir
10 tahun lamanya akibat terserang strok di
rumahnya di Trevennen Road di Verulam,
provinsi KwaZulu-Natal, Durban. Ribuan orang dari seluruh Afrika Selatan
menghantar jenazah beliau ke tempat
peristirehatan terakhirnya. Keranda yang
membawa tokoh cendiakawan muslim ini
ditutupi kain berwarna hijau dan diusung
dari tempat kediamannya di Verulam, Afrika Selatan untuk disolatkan di Masjid
Wick Street. Solat jenazah itu diikuti oleh
sekitar 1000 orang jemaah dipimpin oleh
ulama terkemuka asal Zambia Mufti Ismail
Menk. Setelah itu jasadnya dimakamkan di
pemakaman umum Islam di Verulam. Beliau dikenal sebagai pejuang dakwah.
Kiprahnya dalam dakwah berhasil
meningkatkan status warga muslim di
Afrika Selatan, namanya dikenal juga
dikenal oleh komuniti muslim di
Asia. Moga Allah menempatkan beliau di kalangan
para nabi, orang-orang soleh dan syuhada.

Secawan kebijaksanaan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s